Ragam

Assalamualaikum, eheh.
Alhamdulillah masih lg dlm realiti, duniawi.



Kali ni cerita bab pakai niqab wpun baru 2 tahun (alhamdulillah) moga Allah beri kekuatan untk istiqamah hendaknya. InsyaAllah

First pakai nk cuba-cuba je. Mungkin Allah bg nikmat dan terdetik dlm hati untk pakai Alhamdulillah. Dah cerita serba sikit mcmana tahu niqab ni dlm post sebelum ni 'Bertukar..' Ok kali ni nk cerita lebih fokus pd niqab heheh.

Tbh, kalau berjalan kita yg menunduk sbb semua pakat tngk mata ._. Ada jelah kata kata dr org, kalau korg selalu jalan dgn berniqab tahulah kot heheh. Apa yg bagus diaorg bg salam alhamdulillah, tunduk bila berjalan. Jarang sgt nk jumpa.. Tp alhamdulillah ada lah jgk. Antara convo org selalu kasi? ;

         'Assalamualaikum..'
         'Ninja-ninja!'
         'Jalan elok-elok'
         'Mak, tengok tu'
         'Alien ke ni mak?!'

Paling tkleh bla yg bawah sekali hahah. Nasib bdk kecik xD  Tp paling ngeri bila makan mmg org ckp tkpe Islam tu mudah boleh je cabut purdah tu. Tp bg aku selagi boleh pakai, aku pakai. Cuba korg tengah makan ada org pandang apa korg rasa? hahah. Tak makan serius tak makan.. Purdah comot mmg dh common. Nasi atas riba haha ganaih makan. Tp kalau ada tempat tkde org mmg cabut je. Setakat ni tkde lg makan mee pakai purdah mmg penuh kuah lah. So, korg kalau nk makan boleh je cabut asalkan tempat tu strategik insyaAllah Allah permudahkan.

Korg ingt pakai niqab ni semua nya dipandang cantik ke? :) Ada kalanya tak. Serius talk ada kala tu rasa dia sampai tahap nk cabut. Org mengata kita.. fuh

Bukan nk ckp apa lah, Allah kurniakan pada setiap org ni perasaan. Perasaan kecewa, sedih, marah Allah bg. Adilkan? Mcm tulah jgk dgn pakai niqab ni. Aku bukan nk kondem siapa-siapa tp kalau korg duk ckp dkt niqabis, aku pun terasa gak.. Statement yg upload gmbr, aku setuju.

Tapi, ada sesetengah manusia mungkin dia tk reti nk tegur kut.. Ada haritu aku nmpk dkt fb, dia screenshotnya gmbr niqabis ramai-ramai, gmbr tgn pakai handsocks lps tu kutuk-kutuk. ya Allah tk perlu lah mcm tu. Aib org kot. Tegur dlm diam kan boleh? ;)  tkpun komen baik-baik. ni tk terus tengking.. paling tak setuju gmbr tgn pakai handsocks ya Allah gmbr tgn pun tk boleh? manalah tahu org tu nk jual handsocks tu ke, cpt sgt... ok istighfar..

Sebenarnya bnyk lg pasal benda ni. Tntg pakaian pun org komen.. Ya aku setuju sgt wrna hitam paling sesuai. Tapi takkanlah baju/tudung pun tak boleh selain hitam? Aku rasa boleh je kut kalau dia tak tarik perhatian org. Kesianlah dkt diaorg, nk pakai fesyen sikit pun tk boleh. Bukan fesyen sgt cuma pakai tudung labuh tp wrna lain. Tkpelah bg yg 'kata-kata', aku harap pemakaian dia bg contoh pada muslimat :) aku bukan keyboard worrior, berpihak. tp aku ckp atas sekadar aku juga manusia.

Aku ckp ni bukan apa sbb pengalaman aku sendiri. Ada yg tegur baik aku terima, tp ada yg tegur secara terang-terangan...tkpe benda dh lepas :) Alhamdulillah Allah beri lg aku kekuatan untk berniqab sepenuhnya. Bg aku, apa yg ma abah aku ckp ok aku teruskan. Tak perlu kot ikut kata org..

Ok last, pd yg berniat untk pakai, korg tajdid niat betul-betul. Benda ni bukan main-main, kalau korg kuat, insyaAllah Allah bantu. Kalau ada org tegur terima jelah untk kebaikan sendiri ambil yg jernih. Sentiasa husnuzon, mungkin tu ujian Allah. Tp jgn kerana ujian tu korg rasa down. InsyaAllah istiqamah selama-selamanya. Sebelum nk berniqab dkt muka, korg berniqab hati dulu. Aku pesan ni dkt diri sendiri jgk. Sentiasa baiki niat. Oh ya, selamat jaga nafsu untk upload gmbr slps ni! hahah. gurau je, upload jelah selagi tak timbul fitnah.

Jaga iman, jaga niat. Yg baik dtg dr Allah, yg buruk tu dr dari aku sendiri. Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment