Bertukar .. (II)

Aku masuk ni aku lansung tak kesah sama ada kawan ke tak. Tapi Alhamdulillah ada lah jgk teman aku sebaya. Sbb bdk baru bnyk form 1. Senior lah dlm tu ceh. Kwn aku ni dia pakai purdah. Kitaorg mmg rapat, ke mana pergi mesti berdua. Yelaa bdk baru haha.

Aku perati je dia pakai purdah hahah. Mungkin masa tu Allah detikkan hati aku. Mcm2lah tnya dia. Dia mengaji, masyaAllah sedap. Dia femes dkt twitter sampaikan dkt Maahad tu ada org kenal. Banyaklah benda aku belajar dari dia. Aku pernah ckp dkt dia yg aku pernah pakai purdah ni. Pastu dia cuba tarik perhatian aku pasal purdah ni.

Awak tahu tak, kalau kita pakai purdah ni kan. Org takkan nmpk muka kita. Tkdelah kalau kita pergi mana-mana org mengata tentang kita. Kalau kita berckp pun org tak berbau mulut kita hahah.

Sempat lagi dia bergurau hahah.

Aku cuba tengok cara dia makan, tp syg dkt Maahad ni dia pisahkan laki dgn ppuan. Jadi dia bukak jelah purdah dia hahah.

Pernah tnya dia tahu dr mana Maahad ni. Dia ckp dia tngk dkt internet. Sama jgk mcm aku. Kitaorg tak tahu knp, kitaorg tak tahan duduk dkt situ. Baru orientasi. Sampai 1 malam tu, aku dgn dia beresak esak nangis nk pindah balik haha. Mungkin kitaorg rasa lain.. berjauhan.

So, aku sekejap je duduk dkt Maahad tu. Orientasi seminggu + separuh hari sk. hahaha korg jgn pernah labelkan aku budak Maahad. tak layak. kejap sgt hahah. Dia pun pindah tp dia sempat hafaz 1 juz jeles lah jgk. Tp dia pindah gak lepas tu hahah.

Balik dari sk tu, terus aku masuk balik sk asal. Nasib baik tak ambik lagi surat berhenti. Jadi, diaorg peliklah jgk knp first day aku tak pergi sk. Aku rahsiakan je. Takut jd bahan ketawa hahah. Jadi aku pakai tudung labuh dkt sk asal. Ada lah gak terkejut.

Pertengahan tahun form 2kot tak silap, aku cuba balik pakai purdah ni. Oh ya, masa dkt Maahad tu bnyk jgk aku belajar cara pakai. Aku start pakai handsocks,stokin, tudung labuh.

Dan alhamdulillah sampai skrg aku berpurdah :) Thanks to Allah. Cantik sgt aturan Allah. Dan terima kasih jgk pada yg hadir dlm hidup aku wpun sekejap, tp buat aku ditarbiah dlm pemakaian. Dan aku pilih untk menutup hingga akhir hayat aku. InsyaAllah.

Jadi korg sbnrnya tahu aku mcmana. Aku pun org biasa. Aku pun pernah remehkan aurat ni. Bagi aku, aku kecik lg. Aku still pakai tudung. Tapi aku baru sedar, aku pakai tudung tp lengan aku terdedah. Kaki pun tak tutup. Upload gmbr selalu untuk tontonan umum.

So aku decide, aku jarangkan upload gmbr. Sbb aku tahu aku kena jaga imej niqabis ni. Nanti aku upload org lain kena. Aku sendiri rasa jeles tngk org lain upload gmbr sendiri. Tp, untk kebaikan aku dgn org lain aku sabar dgn nafsu nk upload haha.

Korg, benda ni tak susah pun kita nk berubah. Asalkan ada niat, insyaAllah Allah permudahkan. Korg skrg boleh pakai je tudung apa asalkan labuh tutup dada pun dh cukup. Tp seeloknya labukan lg. Aku nasihat ni sebagai rakan,adik,kakak atau apa-apa jelah. Sbb kita bersaudara. Aku nasihat korg pun, aku nasihatkan diri aku dlm masa yg sama. Mungkin cerita aku tak berapa nk interesting tp aku dh lama nk kongsi.

Korg jgn fikir korg je rasa panas. Semua muslimat diwajibkan tutup aurat, adil lah kan? Kalau korg fikir korg panas skrg, korg tak tahu nanti ayah,abang,adik laki kita yg panas dkt Sana. Sbb tanggungkan dosa kita. Tak kesian ke,,

Korg cuba,wpun sikit ok? Sbb takkan nk tunggu hidayah Allah baru nk berubah. Diri sendiri pun kena usahakan jgk. Aku doakan kita jauh dr sifat yg tak baik, diterangkan hati untk berubah. InsyaAllah kita boleh. Ingt kita ni bidadari dunia! :) Waallahualam' apa yg baik dtg dr Allah, apa yg buruk tu dtg diri aku.

Jgn anggap aku org yg alim, aku pun masih belajar.

No comments:

Post a Comment