Ubah.

Ubah.

Awak nak ubah hidup awak tapi awak sendiri tak usahakan.
Awak salahkan takdir Allah, awak silap.
Allah memang sudah rancang seterusnya, tapi apa yang Dia rancang tu semuanya terbaik.
Allah akan tukar sebaliknya kalau awak sendiri yang nak.

Awak kita sekarang berada di hujung dunia.
Dunia akhir zaman.
Apa lagi kita nak kejarkan dekat dunia selain apa yang disuruh?

Awak jangan butakan hati,
Gelapkan hati dengan kenikmatan duniawi.
Dunia ini hanya tempat persinggahan kita.
Sekejap sangat.

Sayang kalau kita leka.
Allah bagi kita peluang dalam perhentian ni untuk berebut.
Berebutkan pahala,
Bukan dosa.

Tapi lihatlah sekarang,
Apa yang kita berebutkan? 
Tanya iman sendiri.

Awak, nikmat di Syurga tak ada boleh tandingi.
Kalau awak lihat dunia pun dah nikmat
Apatah lagi dekat Sana.
Tapi kita kena ingat,
Orang yg terpilih je dapat hidup kekal di Sana.

Kita ke? 
Moga.