Definisi cinta.

Assalamualaikum. Dah bersawang sangat dah blog ni hehe.
Oklah, nak kongsi pasal 'Cinta'.. *wah* haha

Sebelum tu nak tanya, apa yang korang fikir kalau nampak perkataan cinta? Mesti yang indah-indah kan? kiki. Siapa kata cinta tu tak indah meh sini bgtahu :b Tak percaya?

{3:31} Katakanlah "Jika kamu (benar benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa dosamu, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". 
Ehh ingat cinta untuk manusia. *close window*  
Sebab tulah ceq nak cakap pasal definisi cinta ni. 
Ok *buka balik*

Oklah, senang cite definisi cinta ni lebih tepat untuk cinta Allah. Ayat {3:31} pun dah terangkan kalau kita cinta kepada Allah, kita ikut arahan Allah, tinggal larangan Allah, Allah mengasihi kita + dosa kita diampun pulak tu. Subhanallah!

Tak indah ke tuu?
Indah bakhang!

Tahu dak kalau kita betul-betul kenal Allah, cinta akan datang secara langsung. hebat kan? Cinta ni luas definisi dia. Tapi nowadays, bila cakap pasal cinta zrupp fokus cinta manusia. Tapi kalau cinta manusia itu khas untuk kedua ibu bapa tu mmg dah terbaik.Oh ya jangan lupa juga cinta pada kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW. Cinta manusia pada bukan halal? (c.m.p.b.h) ermmmmm.Cinta manusia tu takkan hadir andai cinta Allah pun 0% bakkata usrah;

Kurangkan cinta manusia. Tingkatkan cinta pada Allah. Andai tahajjud setahun sekali, jangan bicara tentang cinta Ilahi.
Dush! dush!

Betul lah kata diaorang kalau kita tak pernah nak cari cinta Allah tu, maaflah tak sesuai untuk bicara tentang c.m.p.b.h.. Allah takkan ketemukan cinta tu. Jika ada pun, dia takkan kekal.  Yang kekal itu untuk cinta Yang lebih agung.

Mesti akan ada berkata mcm ni, kenapa dah lama aku cari cinta Allah, hidup aku selalu susah? Allah tak sayang dekat aku ke? Bukan Allah tak cinta (eh mcm tajuk novel pulak hehe) tapi Allah uji kesabaran kita tu. Allah nak tengok betul ke kita ni ikhlas mencari cintaNya? atau hanya sekerat jalan. Allah Maha Mengetahui. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.

Tapi siapalah ceq ni nak terima cinta Allah? Pandang ke Allah pada ceq?
Allah terima cinta kita malah lebih pada tu, hidup kita diberkati. Allah pandang kita kalau benar-benar kita taubat pada Allah, kita benar-benar cari cinta Allah itu. 

{Al-Hajj:77}"Dan perbuatlah kebaikan agar kalian bahagia." 

Dah tu tak boleh ke cinta pada manusia? Siapa kata tak boleh, boleh. Mcm nilah, kalau kita dah pass cinta pada Allah wpun belum 100% kita carilah cinta manusia yang benar-benar cinta pada Allah. Sama-sama cari cinta Allah. Tapi apa yang penting,jangan bercinta kalau cinta tu melalaikan. Jauh dari Allah.

Sampai di sini shj definisi cinta dr Min hehehe. Tapi sesiapa yang ada lebih dari tu, sharelah ok? :D Asssalamualaikum. 


Bakal pengsyahid Allah,
Min.


No comments:

Post a Comment