Aku Benci Dia - Part 6

"Eh enta buat apa dekat sini? Baru pukul 6 awal sangat enta nak tunggu maghrib." Terkejut Muhammad mendengar suara Ery menyapanya di belakang. Ery terlihat air mata Muhammad menitis di pipinya. Dalam hati Ery sudah agak ini mesti fasal Harif.

Muhammad tidak menjawab pertanyaan Ery itu tadi. Ery faham. Ery cuba lagi bertanya kepada Muhammad untuk mendapat jawapan yang benar.

"Muhammad ana tahu kenapa enta ada dekat sini. Dan ana tahu siapa yang punya fasal" Muhammad masih terdiam dan sikit pun dia tidak berpaling ke arah Ery.

"Ni mesti fasal Harif kan? Ana dah lama tahu. Dan dah lama ana nak bagitahu fasal dia dekat enta" Akhirnya, Muhammad berpaling muka kepada Ery.

Kenapa dengan Harif sebenarnya ni? Kenapa Ery boleh tahu yang aku menangis ni fasal dia? Banyak persoalan yang bermain di fikirannya.

"Ya enta. Kenapa dengan Harif?" Ery teragak-agak untuk menjawab pertanyaan Muhammad itu walaupun dirinya sendiri ingin memberitahu hal sebenar. "Bila ana cakap ni ukhwah kau orang still kukuhkan?"

Ya Allah kenapa pula Ery tanya soalan macam tu?

"Kenapa enta cakap macam tu? Ana dan Harif tu dah lama berkawan. Berani enta!" Perasaan marah mula timbul. Lekas Muhammad beristighfar.

"Maaf enta. Ana nak cakap perkara yang sebenar saja. Harif tu tak ikhlas pun kawan dengan enta" Secara spontan pernyataan itu terkeluar dari Ery.

Hah? Bertambah serabut kepala aku ni. Tambah lagi Ery cakap macam tu.

"Apa yang enta cakapkan ni? Ana tak faham."

"Ana .." Tidak sempat Ery menghabiskan ayatnya Muhammad terus berdiri untuk keluar dari surau. "Maaf Ery, ana kenal dia dah lama.  Ana tahu dia macamana. Tak usahlah enta keluarkan statement macam tu. Sepatutnya enta fikir dahulu sebelum bicara. Bukan main cakap saja. Boleh timbul fitnah enta tahu. Ana nak balik kampus. Assalamualaikum"

Muhammad bertindak seperti begitu kerana dia sudah hilang kawal kemarahannya.

-bersambung-