Jannah

Jannah? Apa tu? 

Ehem bismillahirahmanirahim, assalamualaikum.

Jannah hanya perkataan dalam bahasa arab. Melayu? Syurga. Ya syurga. Inggeris, Paradise. Nice to hear right? So let me tell you about the Jannah. I bet semua orang dah tahu Jannah ini sangat-sangatlah cantik dan disitulah ditempatkan orang-orang muslim, para syuhada. Walaupun semua muslim dimasukkan syurga, kita ada perjalanan sebalik itu. Perjalanan? Laa bukan terus masuk? La (tidak) :) 

               

"Sehari di akhirat itu serasa seribu tahun bagi kehidupan dunia."
(As-Sajdah:5) 

Hadis Abi Said r.a. mengatakan : Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

" Sehari di akhirat itu (bagi yang berdosa) adalah teras lima puluh ribu tahun di dunia. Ditanya : Sehari di dunia ini. Nabi S.A.W : Demi Allah yang diriku di dalam kekuasaannya. Lamanya akhirat itu diringakah bagi orang mukmin, lebih kurang dari sembahyang fardu."
(Riwayat Ahmad Hadith Sahih)

Panjang bukan? Allahu. Titian as sirot juga mengambil masa 5000 tahun menaik, 5000 mendatar dan 5000 menurun. Ada yang melintasi seperti kilat (paling laju), menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Tapi ada juga yang tak dapat melintasi titian as sirot ini kerana kakinya ditarik oleh api neraka. Nak share doa-doa ketika mengambil wudhu' : 

Ketika membasuh muka - 
"Ya Allah putihkanlah mukaku dengan cahayaMu pada hari putihnya muka wali-waliMu dan janganlah hitamkan mukaku dengan kegelapanMu pada hari hitamnya muka musuh-musuhMu" 

Ketika membasuh pergelangan tangan hingga ke siku (kanan) -
"Ya Allah berilah kitab amalanku dengan tangan kananku dan hisabkan aku dengan hisab yang mudah"

Ketika membasuh pergelangan tangan hingga ke siku (kiri) -
"Ya Allah aku berlindung daripada Engkau memberi kitab amalanku dengan tangan kiri atau belakangku"

Ketika menyapu air pada rambut - 
"Ya Allah tutupilah aku dengan RahmatMu dan turunkanlah kepadaku keberkatanMu , naungilah aku di bawah naungan ArasyMu pada hari tidak ada naungan melainkan naunganMu"

Ketika membasuh kedua-dua belah kaki - 
"Ya Allah kau tetapkanlah kedua-dua kakiku pada titian as sirot pada hari Engkau jatuhkan kaki-kaki"

Moga dapat hafal doa-doa ni dan amalkan masa mengambil wudhu' agar Allah selamatkan kita di akhirat nanti. Ok tu baru perjalanan dia. Susahnya nak masuk Jannah Senang je kalau amalan kita cukup untuk melintasi semua ini. 

Jannah ni terlalu nikmat dihias dengan cahaya yang berkilauan, tumbuh-tumbuhan yang wangi, sungai-sungai yang mengalir, buah-buahan yang matang, dan banyak lagi. Terlalu nikmat! Ada ayat al Quran menyatakan : 

Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah 'salaam' 
(Ibrahim:23) 
Pernah dengar tak orang kata 'Perempuan senang masuk syurga,dan senang masuk neraka manakala lelaki susah masuk syurga, dan senang masuk neraka'?

Ada hadis menyatakan : 

“Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” 
(Hadis Riwayat Ahmad , Ibnu Hibban dan Thabrani)

Mesti hairankan kenapa lelaki susah masuk syurga? Btw, kaum Hawa lihatlah bahawa Allah sayangkan kamu :) Ok lelaki susah masuk syurga salah satu faktor dia adalah disebabkan perempuan. Kenapa pula? Lelaki yang bukan mahram berdosalah jika melihat aurat perempuan yang bukan mahram. Salah kita juga kan? So, syurga itu luas kita sama-sama masuk syurga sama ada lelaki atau perempuan kenalah jaga aurat, jaga mata. 

Ok stop sampai di sini. Moga kita dapat raih Jannah Allah. InsyaAllah aamiin n_n 

Ilaliqo' wa maasalamah. Assalamualaikum