Aku Benci 'Dia' - Part 5

Dengan kejadian itulah membuatkan Muhammad menginsafi dan cuba mendekatkan diri dengan Allah swt. Dengan kuasa Allah, selepas dua bulan, Muhammad ditawar kembali ke sekolahnya untuk menyambung pengajiannya dan mengambil PMR.

Muhammad benar- benar membuat penduduk kampung buka mata melihat dirinya terlalu banyak berubah. Dia selalu menduduki tempat pertama pada setiap ujian.

Hal ini membuat Harif dengki padanya dan cuba mendekatkan diri dengan Muhammad.

Muhammad dan Harif berjaya membawa pulang berita baik kepada kedua-dua ibu bapa mereka dengan keputusan PMR dengan cemerlang. Muhammad dinobatkan sebagai pelajar cemerlang di daerahnya. 

..

"Itu cerita lama, Harif. Cerita lama!" kata Muhammad kepada Harif dengan nada yang tinggi. "Cerita lama sekalipun, kau tetap bekas ketua geng buli di sekolah kita. Tunjuk alim konon. Diri dulu tidak pernah fikir. Disebabkan kaulah ayah kau meninggal dunia dan hampir seluruh penduduk kampung bencikan kau. Tak ingat?" tegas Harif.

Air mata Muhammad perlahan  jatuh ke pipinya. Ya Allah mengapa Harif mengingat kembali aku pada peristiwa yang perit itu? Kuatkanlah hambaMu ini. Muhammad bergegas keluar dari biliknya.

-bersambung-

No comments:

Post a Comment