Aku Benci 'Dia' - Part 3

"Sebenarnya Harif .." kata Ery terhenti semasa Harif cepat cepat mencelah.

"Sebenarnya aku nak suruh kau jadi ketua kumpulan bola sepak kita. Aku dah penat jadi ketua" kata Harif dalam masa yang sama dia ingin tikam diri sendiri.

Kenapa dia ingin lepaskan jawatannya begitu sahaja. 'Aduh! Apa yang aku cakap ini?' Harif berkata dalam hati demi rahsianya. Muhammad terkejut kerana jawatan itu memang dia teringin sejak sekolah menengah lagi.

"Betul ke Harif? Betul kau nak lepaskan jawatan begitu sahaja?" soal Muhammad dengan muka gembira.

"Eh kau ni tak percaya lagi? Ke kau tak nak? Kalau tak nak tidak mengapalah aku bagi orang lain" kata Harif.

Muka Muhammad bertukar dari muka terkejut kepada muka gembira. 'Alhamdulilah' Muhammad berucap dengan nada yang perlahan.

Nampaknya rancangan Ery tidak tercapai. Tapi peluang bukan sekali baginya. Dia tidak akan berputus asa untuk memberi tahu kepada Muhammad.

..

Harif tidak lena tidur disebabkan Muhammad melagukan alunan ayat-ayat suci al Quran. Harif tidak boleh kawal perasaanya, dia tegur Muhammad dengan cara kasar,

''Woi! Kau tak nampak ke aku tengah tidur ini? Kalau nak mengaji pun perlahanlah sikit. Aku nak tidur pun tak lena. Aku baru balik dari kelas." Muhammad terkejut mendengar kata-kata Harif.

"Astagfiruallahalazim kenapa dengan kau ini, Harif? Berani kau cakap begitu pada ayat suci.Lagipun tak baik kau tidur lepas Asar. Hah kau dah solat belum Asar?"  Muhammad lantas bersuara.

Harif masih tidak berpuas hati dengan Muhammad. "Argh kau sibuk kenapa? Kubur masing-masing kan? Kau ni tunjuk alim saja depan orang ramai! Kau tak ingat ke kau pun macam aku juga dulu selalu .." kata Harif terhenti apabila Muhammad telah bersuara "Selalu apa? Hah?"

-bersambung-

No comments:

Post a Comment