Aku Benci 'Dia' - Part 4

Harif mengimbas kembali zaman persekolahannya. Ketika Harif bertingkatan 3 dia tercebak dalam ponteng sekolah, vandalisme dan kes buli bersama kawan-kawannya yang lain. Ketua kumpulan mereka ialah Muhammad. Muhammad terkenal dengan kes-kes disiplinnya di sekolah.

Buku rekod disiplin mereka adalah tertinggi dicatat. Antara rekod-rekod mereka, kes membunuh seorang pelajar adalah paling teruk.

Kes ini diketahui apabila salah seorang pengawas di sekolah mereka ternampak situasi itu. Dia memukul mangsa buli itu terlalu teruk sehingga pelajar itu masuk wad dan terus komakan diri. Disebabkan kes ini, mereka sekumpulan digantung sekolah selama 3 bulan. Selepas 3 bulan sekolah diberitakan pelajar itu sudah meninggal dunia.

Pelajar itu ajalnya dijemput hanya kerana tidak mahu memberi duit belanjanya kepada kumpulan ini. Dengan itu mereka terus dibuang sekolah dan menangguh untuk mengambil peperiksaan menengah rendah (PMR).

Kes ini membawa mulut pada semua penduduk di kampung. Mereka tidak sangka akan perangai Muhammad. Lebih-lebih lagi kedua ibu bapanya. Selepas mereka mendengar berita itu, bapa Muhammad diserang sakit jantung. Beberapa hari selepas itu, bapanya sudah menemui Ilahi.

Muhammad kesal akan perbuatannya. Pada malam bapanya meninggal, dia termimpi dalam keadaan gelap gelita. Dia mendengar tangisan dan ombak api disekelilingnya. Sungguh panas! Dia sedar badannya sudah separuh terbakar dari dijilat api. Dia meraung meminta pertolongan. Tidak lama kemudian, dia melihat seorang lelaki datang padanya. Lelaki itu terlalu bercahaya dan lelaki itu ialah bapanya.

"Anakku, bertaubatlah! Jika kamu tidak bertaubat, kamu akan merasai kepanasan itu selama-selamanya di api neraka!" pesan bapanya.

"Ayah! Tolong Muhammad! Tolong!" menjerit Muhammad meminta pertolongan.

Muhammad terbangun dari tidur dalam keadaan cemas dan ketakutan.

-bersambung-

Aku Benci 'Dia' - Part 3

"Sebenarnya Harif .." kata Ery terhenti semasa Harif cepat cepat mencelah.

"Sebenarnya aku nak suruh kau jadi ketua kumpulan bola sepak kita. Aku dah penat jadi ketua" kata Harif dalam masa yang sama dia ingin tikam diri sendiri.

Kenapa dia ingin lepaskan jawatannya begitu sahaja. 'Aduh! Apa yang aku cakap ini?' Harif berkata dalam hati demi rahsianya. Muhammad terkejut kerana jawatan itu memang dia teringin sejak sekolah menengah lagi.

"Betul ke Harif? Betul kau nak lepaskan jawatan begitu sahaja?" soal Muhammad dengan muka gembira.

"Eh kau ni tak percaya lagi? Ke kau tak nak? Kalau tak nak tidak mengapalah aku bagi orang lain" kata Harif.

Muka Muhammad bertukar dari muka terkejut kepada muka gembira. 'Alhamdulilah' Muhammad berucap dengan nada yang perlahan.

Nampaknya rancangan Ery tidak tercapai. Tapi peluang bukan sekali baginya. Dia tidak akan berputus asa untuk memberi tahu kepada Muhammad.

..

Harif tidak lena tidur disebabkan Muhammad melagukan alunan ayat-ayat suci al Quran. Harif tidak boleh kawal perasaanya, dia tegur Muhammad dengan cara kasar,

''Woi! Kau tak nampak ke aku tengah tidur ini? Kalau nak mengaji pun perlahanlah sikit. Aku nak tidur pun tak lena. Aku baru balik dari kelas." Muhammad terkejut mendengar kata-kata Harif.

"Astagfiruallahalazim kenapa dengan kau ini, Harif? Berani kau cakap begitu pada ayat suci.Lagipun tak baik kau tidur lepas Asar. Hah kau dah solat belum Asar?"  Muhammad lantas bersuara.

Harif masih tidak berpuas hati dengan Muhammad. "Argh kau sibuk kenapa? Kubur masing-masing kan? Kau ni tunjuk alim saja depan orang ramai! Kau tak ingat ke kau pun macam aku juga dulu selalu .." kata Harif terhenti apabila Muhammad telah bersuara "Selalu apa? Hah?"

-bersambung-

Aku Benci 'Dia' - Part 2

"Macam ni sebenarnya, aku dekat dengan dia kerana aku cemburu dengan kepandaiannya. Dan ketika aku bersekolah di kampung bersamanya, dia sering menduduki tempat pertama semasa peperiksaan. Dan mak aku selalu membanding-bandingkan aku dengan dia. Dari sejak hari itu aku tekad untuk berkawan dengannya sampai aku berjaya" penjelasan Harif.

"Sampai kau berjaya saja? Bukan sampai di Syurga? Kau ni ikhlas ke tidak berkawan dengan dia? Astagfiruallah .. " balas Ery.

Harif diam seketika. Tetapi memang benar itu niatnya. Kepalanya sudah pening memikirkan tentang Muhammad, dia lantas berlalu pergi ke kampus dan meninggalkan Ery keseorangan. Ery faham dengan perangai Harif dan dia ingin berusaha agar Harif bertukar niat baik terhadap Muhammad.

Harif masih mengingati kata-kata Ery itu tadi dan membuat dia merenung jauh keluar tingkap. Dia tidak tahu mengapa dia tidak suka kepada Muhammad tetapi dia ingin mendekati dengannya. Dan perkara ini membuat dia menjadi lebih buntu.

"Assalamualaikum!" sapa Muhammad dari belakang membuatkan Harif terkejut seketika.

"Eh merenung jauh nampak, sampai terkejut aku memberi salam. Jom petang ni bermain bola. Bukan ke kita ada pertandingan dua minggu lagi?"

..

Jam sudah menunjuk pukul 5 tepat. Muhammad mengajak Harif ke masjid untuk solat asar. Katanya tiada faedah kalau kita mengejar duniawi untuk berjaya tapi tidak solat. Hari ini Muhammad menyuruh Harif mengimamkan. Harif berasa hairan biasanya Muhammad yang menjadi imam, kenapa hari ni baru dia?  Setelah selesai solat, Muhammad bertembung dengan Ery. Ery ingin bertanya kepada Muhammad tentang Harif. Bukan menyibuk dalam persahabatan mereka cuma dia risau dengan niat Harif terhadap kawan baiknya sendiri.

"Assalamualaikum, anta apa khabar? Boleh ana tanya satu soalan?" Tanya Ery.

Ery dengan Muhammad selalu berbual dalam bahasa arab dan lebih selesa dengan panggilan 'ana' dan 'enta'.

"Waalaikumusalam, ana bi'hair Alhamdulilah.Boleh apa salahnya.Apa dia?" balas Muhammad. "Ini berkaitan dengan Harif" kata Ery. Muka Muhammad terus berubah menjadi terkejut. Dia terlalu risau akan kawan baiknya.

-bersambung-

Aku Benci 'Dia'- Part 1

Sinaran matahari sudah memancar di kepala katil Harif.

"Eh kau tak bangun-bangun lagi? Subuh tadi kau solat tak?" soal kawan sebiliknya, Muhammad.

"Eh kau tak nampak ke aku dah bangun ni? Banyak pula yang kau soal. Bila masa kau jadi wartawan ini?" perli Harif.

Muhammad memang sudah lama berkawan dengan Harif sejak sekolah rendah lagi sehingga sekarang mereka menuju jaya gading bersama di Universiti Islam Antarabangsa. Tapi perangai Muhammad terlalu jauh beza antara Harif. Harif selalu memanggil Muhammad 'Al Kamalun nas' yang bererti orang sempurna.

Disebabkan Harif bangun lewat, kelas yang pertama hampir bersurai. Dia letih berdiri di tempat duduknya dan menahan telinganya dengan leteran profesor.

"Saya hairanlah dengan kamu ini, Harif. Muhammad itu kan kawan baik kamu. Kenapa perangai kamu tidak sama dengannya?" soal professor kepadanya dengan penuh hairan.

Harif sudah masak dengan soalan sebegitu. Baginya,Muhammad itu orang yang sempurna di semua mata manusia tetapi bukan di matanya.

"Eh aku faham kau mesti dah bosankan dengan soalan profesor tadi. Tapi yang aku heran selama ini kenapa kau anggap dia sebagai kawan baik?"  kata Ery.

Harif terkedu seketika. Dia melihat sekeliling tempatnya untuk memastikan Muhammad tiada di situ. Sudah tentulah Muhammad akan berasa kecil hati. Harif pun mula bercerita "Macam ni sebenarnya ... "

-bersambung-