Maulidur Rasul

Assalamualaikum sahabat fillas :) 12 Rabiulawal 1434 Hijrah Esok adalah Hari Yang Paling Mulia iaitu Hari Maulidur Rasul ( Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW) Jom sama-sama selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad :')  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم~ 

Antara hadis-hadis Nabi Muhammad mengenai selawat:
  1. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]
  2. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]
  3. Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]


Hmm tinggi sangat ke darjat kita untuk tidak selawat ke atas Baginda? #MuhasabahDiri Tetapi ingat bukan pada Hari Maulidur Rasul saja kita selawat tetapi setiap masa. Cinta Allah dan cinta Nabi Muhammad adalah cinta yang paling agung. Tiada cinta yang boleh melebihi cinta-cinta itu :') Ok fii amanillah. Salam Maulidur Rasul untuk semuat umat Islam :) Sentiasa meletakkan Nabi Muhammad itu sebagai idola kita. Inspirasi hidup kita insyaAllah n_n Assalamualaikum.

*p/s:
Jangan lupa sesiapa yg duduk di Kuantan mahupun luar dari Kuantan dijemput hadir ke Kempen Tutup Aurat yang dianjur oleh #TeamHijrah #TeamHijrahPahang (THP) Spread dakwah and join us! ( malangnya tak dapat pergi T-T) Btw, ini link group THP dan event untuk Kempen ini. Click 'Join" if you interested and can book a nametag. ( limited!) Ajak keluarga sekali bagi meriah untuk sebarkan benda baik ;) Kalau ada apa-apa nak tanya, tanya pada AJK THP di group THP :) 

Link:
#TeamHijrah - http://www.facebook.com/groups/204498413014145/?fref=ts
#TeamHijrahPahang - http://www.facebook.com/groups/456921497677431/?fref=ts
Kempen's event - http://www.facebook.com/events/555473531132404/555481117798312/?notif_t=plan_mall_activity

                                     



Azam baru?

                                  
Assalamualaikum, sudah lama tak post dekat blog ni. Hehe. Btw, Ahlan wa sahlan 1434 Hijrah :) Moga Allah redhai kita semua. Insya Allah kita istiqomah selalu terhadapNya. Dan Insya Allah Jasmin buat blog ni sebagai tempat berdakwah, InsyaAllah Aminn ..

Ok. First, azam baru? Ramai tanya apa azam baru 2013 ni. Secara jujurlah, secara jujur azam 2012 pun rasanya tak tercapai lagi. Yup, betul kita ni awal awal tahun je semangat pasal azam ni. Last last masuk bulan 2,3 terus malas tak bersemangat nak kejar azam kita tu. Kenapa cakap mcm tu? Dah tahu sebab tahun lepas mcm tu. Eheh.

Kalau org tanya pasal azam je, mesti ada yg jawab "Nak jadi lebih baik" " Belajar bersungguh-sungguh " "Nak straight A's" kan? Bohong lah kalau takde. Tapi pernah ke kita tunjuk semua tu? Pernah ke? Percayalah orang yg bersungguh-sungguh je yg akan buat semua tu, walaupun tanpa mengucapkannya dgn kata kata.

So, prove yourself that you afford to do it. Boleh? InsyaAllah!

Contohlah azam baru korg nak berhijrah. Hijrah walaupun hanya 6 huruf, tapi agak besar maknanya. Memang tak dinafikan org yg lemah akan jatuh semasa permulaan. So, apa susah bangkit semula! Saya tahu orang akan pandang serong ke atas kita, mengejek kita, tak nak kawan kita. Hmm manusia. Biar je ..

                                      
Itu fitrah manusia mengejek semua tu. Tahu tak org yg berhijrah ni org yg sangat untung? :') Kenapa? Yelah dia dapat hidayah Allah, dapat kenal Allah dengan lebih rapat. So, apa kita nak buat kalau org mengejek kita semasa kita berhijrah? Doalah kepada mereka agar mereka juga dapat hidayah mcm kita. InsyaAllah kita menuju ke Syurga Allah bersama sama :')

Kita sebagai umat Islam, Nabi Muhammad SAW, haruslah bertegur sapa sesama saudara Islam jika mereka tidak mematuhi perintah Allah. Bukan ke tugas kita atau tanggungjawab kita sebagai muslim? Takkan islam atas nama je kan? :)

Oklah sampai di sini lah dulu, post baru ni. Eheh :p Kalau panjang sangat tak terbaca pula korg kan? Hehe.

Selamat tahun baru agar azam kita baru ni akan terlaksana dengan hati yg lebih tenang dan jaga hati, jaga  iman, jaga hubungan dengan Allah. InsyaAllah kejayaan di dunia kita dapat, bahkan di akhirat juga. Aminn Ya Rabbal Alamin ..

Dan ya, jangan lupa comment dekat bawah pasal azam baru korang. Sharing is caring. Hihi ;)

Assalamualaikum.