Salam Maulidur Rasul

 


Saat kita sedang bergelak tawa, ingatlah bahawa di sana terdapat ramai saudara yang merana. Maka  kurangkanlah gelak tawa kita. Bukanah tawa Rasululullah SAW hanyalah senyuman?
Saat kita kenyang menikmati makanan mewah, ingatlah bahawa di sana ramai mereka yang punya hanya sekelumit makanan untuk dijamah. Maka bersyukurlah dengan apa yang ada. Bukankah makan Rasulullah SAW hanya pabila lapar dan hentinya baginda sebelum kenyang?
Saat kita mengeluh atas musibah dan ujian yang menimpa diri kita, ingatlah bahawa ramai di sana yang ujiannya lebih hebat dan besar daripada kita. Lupakah kita “la yukallifullahu nafsan illa wus’aha” Pernahkah sirah memberitahu kita Rasulullah SAW mengeluh apabila didatangi ujian oleh Allah?
Salam maulidur rasul.

No comments:

Post a Comment