Gadis Berniqab

Assalamualaikum wbt. Kaifa halukum? Dah lama tak post blog. Ya. Nak post ni pun nak share something :) Mungkin post ni join Husna & Amira post setiap minggu but start minggu ni. Hehe. Eh btw, go to Husna 's blog. MasyaAllah dia punya post. Banyak ilmu dapat kita peroleh:)

So now come closer. But do not get too closer to the screen. Nanti tak boleh pula baca post ni. Hihi.
Jasmin tahu korang ulat buku kan a.k.a. Kaki Novel right? So now ada novel nak disharekan.


Best sangat cerita ni. Ada juga selit ilmu-ilmu dalam tu. Tentang penghijrahan dia. Ya mungkin hidup dia dulu sama macam hidup Jasmin. Sikit. Hmm :| AstagfiruaAllahalazim. So Jasmin rasa siapa yang nak pergi kedai buku tu jangan lupa beli. Hehehehee. Macam promote pula. 

Eh Jasmin ada join #TeamHijrah search je dekat fb. Join group InsyaAllah Kak Kaa approve. Cerita pasal Kak Kaa dia lah pengasas team ni. Dia cerita tentang penghijrahannya di kolej. Boleh baca dekat SINI dan SINI. Moga kita dapat pengajaran. InsyaAllah. Oklah sampai sini jelah. Nak tido esok kene bangun mcm g sk :( Assalamualaikum :)

Go to-do list ..


Hai Asssalamualaikum .. 
Alhamdulilah today second of Ramadhan Kareem . Rasanya tahun ini agak berlainan dari Ramadhan yang sebelum ni. Limaza?I want to thankful to Allah Ya Rahman Ya Rahim kerana tahun ni InsyaAllah tahun ni lebihkan juga pada yang sunat .. Bersyukur! Jasmin post ni bukan untuk menunjuk-nunjuk atau apa2 .. Life must think positive dear :) HambaNya yg lemah ini hanya ingin berkongsi ..Sharing is caring . Caring is love hee .. 
Selepas Sahur : 
Solat taubat
Solat Tahjud
Solat Hajat 
Mengaji
Solat sebelum subuh 
Selepas subuh :
Solat Dhuha
Sebelum Dzuhur:
Solat sunat sebelum dzuhur
Selepas Dzuhur:
Solat sunat selepas dzuhur
Antara Dzuhur-Asar :
Mengaji
Sebelum Asar:
Sola sunat sebelum Asar
Sebelum Maghrib:
Solat sebelum maghrib
Selepas Maghrib :
Solat sunat selepas maghrib
Mengaji
Sebelum isyak:
Solat sunat sebelum isyak
Selepas Isyak : 
Solat sunat selepas isyak
Terawikh 
Solat Wiktir
See senang jee kita nak dapat pahala free kan? Let's do it! InsyaAllah :)

Salam Ramadhan Al- Mubarak


Assalamualaikum wbt . Hai readers! Salam Ramadhan untuk semua.. Moga2 Ramadhan kali ini bermakna bagi kita semua .. Mungkin Ramadhan kali ini adalah Ramadhan kali terakhir untuk kita semua .. Waallahualam .. Oleh itu, jom lah ramai2 membuat ibadah di bulan yg mulia ini .. Tak teringin ke nak pahala yg bnyk , masuk syurga yg indah (Firdaus) , bertemu dengan Allah s.w.t , Nabi Muhammad s.a.w. , golongon orang-orang yg beriman? tak ke indah tu? ..
 


sumber : Youtube


Sesungguhnya bulan Ramadhan juga disebut sebagai bulan ibadat bagi umat Islam. Ini diperkuatkan dengan terdapat banyak hadis yang menyebut tentang keutamaan dan keistimewaan beramal di bulan Ramadhan ini. Antaranya ialah:

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, Bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Ketika datang bulan Ramadhan: sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka diharamkan kebaikannya bagi siapa yang tidak beramal baik di dalamnya, sesungguhnya tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini”.

(Hadis riwayat Ahmad, Nasai dan Baihaqi)

Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Solat lima waktu, solat Jumaat sampai solat Jumaat berikutnya, puasa Ramadhan sampai puasa Ramadhan berikutnya, adalah menutup dosa-dosa (kecil) yang diperbuat di antara keduanya, bila dosa-dosa besar dijauhi”.

(Hadis riwayat Muslim)

Dari Abdullah bin Amru, bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Puasa dan Al-Quran itu memintakan syafaat bagi seseorang hamba di hari kiamat. Puasa berkata: Wahai Tuhanku, aku telah mencegah dia memakan makanan dan menyalurkan syahwatnya di siang hari, maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Dan berkata pula al-Quran: Wahai Rabbku aku telah mencegah dia tidur di malam hari (kerana membacaku), maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Maka keduanya diberi hak untuk memintakan syafaat”.

(Hadis riwayat Ahmad)

Dari Sahal bin Sa’ad, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Bahawa sesungguhnya bagi Jannah itu ada sebuah pintu yang disebut “Rayyaan”. Pada hari kiamat dikatakan: Di mana orang yang berpuasa? (untuk masuk jannah melalui pintu itu), jika yang terakhir antara mereka sudah memasuki pintu itu, maka ditutuplah pintu itu”.

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa puasa Ramadhan kerana beriman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang”.

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Jabir r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka”.

(Hadis Riwayat Ahmad)
Sebagai kesimpulan daripada kesemua hadis di atas, dapatlah dikatakan bahawa ia memberi pengajaran kepada kita tentang keutamaan dan keistimewaan bulan Ramadhan serta keistimewaan beramal di dalamnya bagi mereka yang ikhlas untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. Di antaranya ialah:

>Keistimewaan Bulan Ramadhan
>Bulan yang penuh Barakah
>Pada bulan ini pintu Jannah di buka dan pintu Neraka ditutup
>Pada bulan ini syaitan-syaitan dibelenggu
>Dalam bulan ini ada suatu malam yang keberkatan beramal di dalamnya adalah lebih baik dari beramal selama seribu bulan, iaitu Malam Al-Qadar.
>Pada bulan ini juga setiap hari akan ada malaikat yang menyeru dan menasihati umat Islam supaya berbuat baik dan menjauhi perkara maksiat
Keistimewaan beramal di bulan Ramadhan
>Amal itu dapat menutup dosa-dosa kecil antara Ramadhan ini sehingga bertemu Ramadhan berikutnya
>Menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan memintakan syafaat daripada amalan membaca al-Quran dan puasa itu sendiri dan perisai siksaan neraka
>Bagi orang yang berpuasa disediakan pintu khusus baginya untuk memasuki Jannah iaitu yang dinamakan “Rayyaan”
Ihsan Mimbar Ulama

Let's DELETE dosa, UPLOAD pahala, DOWNLOAD kesabaran, UPGRADE keimanan, BROWSING kebaikan, UPDATE amalan, SHUTDOWN permusuhan, RESTART persaudaraan, selalu ONLINE kan hati kita dijadikan kebaikan. Awas, VIRUS setan supaya SOFTWARE hati dan jiwa kita menjadi tenang dan FREE kemaksiatan. Selamat datang ramadhan, maafkan semua salah dan khilaf yang telah saya lakukan ya, baik yang disengaja maupun yang tidak disengaja. Marhaban Ya Ramadhan.

Ciri-ciri anak soleh & solehah

1. Mempunyai iman @ aqidah yang sempurna.
2. Beramal soleh (mengamalkan perintah Allah S.W.T)
cth : sentiasa menunaikan solat,puasa, membelanja wang ke jalan Allah,berpakaian secara Islam,bergaul secara Islam dan sentiasa memastikan makanan dan minuman dari yang halal.
3. Menghormati Ibu bapa,guru, orang tua, jiran & kawan.
4. Rajin beribadat kepada Allah S.W.T dan berdoa kepada-Nya.
5. Mempunyai kesedaran dan tanggugjawab beragama.
6. Sentiasa berdoa kepada ibu bapa samada yang masih hidup @ telah meninggal dunia.
7. Memiliki akhlak @ moral yang baik.
8. Rajin belajar dan membaca serta tekun dalam pekerjaan/pembelajaran dan memiliki sifat tidak putus asa.
9. Berusaha dan bertawakal kepada Allah S.W.T.
10. Ikhlas, iaitu melatih diri melakukan sesuatu tugas dengan ikhlas kerana Allah S.W.T.

Cinta Akan Allah

Cinta kepada Allah ini adalah perkara yang paling tinggi sekali dan itulah tujuan kita yang terakhir. Kita telah bercakap berkenaan bahaya kerohanian yang akan menghalang cintakepada Allah dalam hati manusia,  dan kita telah bercakap berkenaan berbagai sifat-sifat yang baik sebagai keperluan asas menuju Cinta Allah itu.

Kesempurnaan manusia itu terletak dalam Cinta kepada Allah ini.  Cinta kepada Allah ini hendaklah menakluki dan menguasai hati manusia itu seluruhnya.  Kalau pun tidak dapat seluruhnya, maka sekurang-kurangnya hati itu hendaklah cinta kepada Allah melebihi cinta kepada yang lain.
Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima..”
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur.
Jom, sama-sama mengejar cinta ilahi. Walaupun ia sukar dan memerlukan pengorbanan dan usaha yang sungguh2. Teruslah berusaha, kerah tenaga, berdoa dan bertawakal. Moga Cinta Ilahi dapat kita kecapi.
Ya Allah dekatkan aku dengan apa saja yang mendekatkan aku dengan Cinta-Mu. AMIN.. :)
p/s : Copy from google :)

Salam Maulidur Rasul

 


Saat kita sedang bergelak tawa, ingatlah bahawa di sana terdapat ramai saudara yang merana. Maka  kurangkanlah gelak tawa kita. Bukanah tawa Rasululullah SAW hanyalah senyuman?
Saat kita kenyang menikmati makanan mewah, ingatlah bahawa di sana ramai mereka yang punya hanya sekelumit makanan untuk dijamah. Maka bersyukurlah dengan apa yang ada. Bukankah makan Rasulullah SAW hanya pabila lapar dan hentinya baginda sebelum kenyang?
Saat kita mengeluh atas musibah dan ujian yang menimpa diri kita, ingatlah bahawa ramai di sana yang ujiannya lebih hebat dan besar daripada kita. Lupakah kita “la yukallifullahu nafsan illa wus’aha” Pernahkah sirah memberitahu kita Rasulullah SAW mengeluh apabila didatangi ujian oleh Allah?
Salam maulidur rasul.